Terima kasih..
untuk kata jujur itu.
sungguh amat kuhargai.
hilang rasa gusar dihati..
tidak..
aku tidak terluka lagi.
aku akan tersenyum tidak akan menangis lagi.
dan aku juga berharap kau juga senyum dan kuat.
tidak aku menyimpan dendam.
aku tahu apa yang berlaku,
ketentuan Allah yang esa.
kita mengenali di alam maya juga kerana takdir.
terima kasih kerana mendoakan kebahagiaan aku dan dia.
dan doa ku moga kau bertemu insan terbaik suatu saat nanti.
kerana aku tahu,
kau layak mendapatkan yang terbaik.
terima kasih untuk setiap kejujuran itu. =)
Thursday, 6 February 2014
Saturday, 1 February 2014
pergilah, tak akan kulepaskan!
bertahun aku tidak pernah berputus asa..
setiap dugaan yang mendatang aku terus bertahan..
biar remuk redam di jiwa..
biar tangisan terus membanjiri terus tanpa henti.
dulu aku lemah, aku lepaskan..
tapi untuk kali ini!
aku akan terus bertahan dan tidak mungkin
untuk aku melepaskan,.
Aku faham rasanya disayang menyayangi..
tapi aku juga mahu engkau fahami..
perasaan aku yang sering terluka ini.
bukan engkau sahaja yang terluka..
aku lebih terluka,
terluka kerana aku terpaksa bersabar..
dengan semua perkara yang terjadi..
kerana aku yakin!
Allah Ya Rabb..
sayangkan hambanya yang bersabar..
jika benar sabar aku ini hikmahnya besar..
aku redha. aku redha dan pasrah.
Namun,
aku tidak akan melepaskan
kerana aku lebih tidak mampu
untuk melepaskan berbanding engkau...
bertahun,
ya! bertahun...
aku terus bersama kerana sayang kerana cinta...
aku tahu engkau terluka,
tapi....
aku lebih terluka jika engkau terus menghampiri dia..
kerana aku terlalu menyayangi..
jadi pergilah pergi.
Jangan pernah berpaling dan berpatah balik...
aku terluka....
Monday, 20 January 2014
Puisi yang Hanya untukmu
Cinta adalah air
Mengalir untuk menyegarkan,
bukan menghanyutkan
apalagi menenggelamkan
Cinta adalah matahari
Bukan membakar bara,
tapi menyinari rona
menghidupkan dan mengilhami
Cinta adalah angin
Mengalun lembut ke sela-sela hati
Mencipta sejuk yang sejati
Meniup sedih luka di hati
Hingga hilang tiada kembali
Cinta adalah hujan
Jatuh untuk menumbuhkan
Meresap ke akar-akar hati
Agar tumbuh rimbun kebaikan-kebaikan
Cinta adalah cahaya
Terang lagi menghangatkan,
bukan pedih menyedihkan
bukan terik menyilaukan
Cinta adalah sastra
Cinta adalah aku
Iya, aku.,
Yang selalu ada Untukmu,
Wahai kekasihku
Monday, 30 September 2013
Tourism and Hospitality Department's Innovation day
Biar gambar kaku menceritakan rasa gembira yang tak terhingga
dengan usaha penat lelah selama 4 bulan ini.
Biar gambar menceritakan perasaan seronok apabila bebanan dilepaskan pergi.
Selalu aku lebih gemar menaip sebelum gambar.
Biar hari ini aku menaip selepas gambar.
Kerana bukti hidup ini sentiasa berubah-ubah. Terkadang kudibawah
Terkadang ku diatas.
Aku sayang saat indah bersama mereka. 3 tahun kami bersama.
Bergaduh, selisih fahaman yang berbeza, gembira, susah payah
sama sama harungi.
Ini tahun akhir aku berbual meluahkan butir bicara bersama mereka.
Mereka yang bergelar kawan seperjuangan.
Mereka yang kuanggap antara manusia yang memberi aku warna kehidupan.
Terima kasih untuk hari indah ini. Terima kasih untuk setiap senyuman.
Terima kasih tiada terhingga jua buat pensyarah yang kuhormati untuk setiap
ilmu yang ditimba. Alhamdulilah.
Reminder!
tak suka jangan cuba klik http://ceritamerapusufie.blogspot.com.
tak suka jangan cuba untuk membaca setiap entry saya taip.
tak suka saya tak kisah. sebab tiada kaitan dengan anda.
saya menaip hanya untuk kesayangan kesayangan saya sahaja.
hehehe. just a reminder. indulgent! =P
tak suka jangan cuba untuk membaca setiap entry saya taip.
tak suka saya tak kisah. sebab tiada kaitan dengan anda.
saya menaip hanya untuk kesayangan kesayangan saya sahaja.
hehehe. just a reminder. indulgent! =P
Saturday, 20 July 2013
HeartBeat!
Assalamualaikum w.b.t
pheww. lega rasa hati bila blog kesayangan ni dah aktif balik! lompat lompat arnab, lompat lompat hamster, lompat lompat kangaroo, lompat lompat segala jenis binatang sebab terlampau gembira. syukur! mana tidak, masa mula mula google chrome problem and then blog cannot found katanya. Rasa tubir mata ni nak mengalir air jernih je. nasib boleh tahan lagi. Encik/puan google. Jangan problem lagi ya. Nak luruh jantung bila hobi aku ni hampir lenyap. haish!
Recalled memories....
"if i die young". ringtone bunyik. kiki
helo..assalamualaikum. waalaikummussalam.
tido ke? takla, tgh baca novel.
sabtu ni ada pergi mana mana? takde. nape?
tak pergi tengok bola? bola? naz pergi ke? nak dtg sini ye?
eh, saja je tanya. mana ada mana ada. naz nak tgk bola kan?
nak ikut. haha, okay.
menunggu hari sabtu memang lama terasa. Excited punya pasal. hehe. rindu. walaupun baru seminggu yg lepas dah jumpa. tak kesah. lagipun dia dah nak pergi terengganu.
pagi sabtu mesej mesej. sambil kemas bilik, toilet dan segalanya. Tunggu khairulnazmi datang macam lambat lagi ni. Kebetulan pika ajak makan. Here we go.
okay. time nazmi datang rumah memang kelakar. hehe. "hello sufi. naz kat dpn rumah dah ni". bila aku keluar tak ada pun. ish. biar betol. nak kenakan ke apa ni. usha usha sekeliling. aik. macam kereta ejan je kat depan rumah dak junior tu. terus sarung selipar jepun flipper tu. "hahahaha. naz. haha". aik. tak perasan ke aku panggil ni. boleh pula nazmi tersenyum senyum dalam kereta, ejan sibuk dengan handphone. "naz, sini la". haa. perasan pun. hahaha. boleh tersalah rumah ye awak. tu la. lama sangat tak datang pasir gudang ni. hihi. comel je sayang saya ni. *jangan marah.
sampai je dekat stadium memang meriah. sampai parking pun berdouble dah. johor darul takzim lawan selangor. sesak teramat sangat. mula mula masuk takut juga. ramai sangat. and then rasa pengalaman menarik. semangat diorang the best la. hehe. my sayang pun. seronok betul dia bila JDT gol for the first round. cuma nasib tak menyebelahi JDT. adat. ada kalah ada menang. kan dear? cool saja.
i would never forget awak jaga saya sepanjang kat stadium. "tepi sikit, muslimah nak lalu". hehe. sweet! ini memori dengan awak. sebelum awak pergi terengganu.
and. thank dear because hantar saya balik rumah. thank god that time you arrived safely at muar. Sebak malam tu awak dah nak balik but alhamdulilah dapat jumpa awak. hehe.
Attention!
today is your birthday. 20 July 2013.
happy 23th birthday my only heartBeat!
saya sayang awak
mohammed khairul nazmi
Tuesday, 2 July 2013
Terima kasih
Tidak pernah ku rasa perasaan yang begini
Tulus tuk mencintaimu
Semua kerna dirimu ku berubah
Hidup kini penuh dengan senyuman
Oh sayang datanglah ku inginkan dirimu
Dekatlah padaku ku rindukan pelukmu
Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri amat ku hargai
Semua ku simpan di dalam hati
Penuh riang tawa mesra
Terus terukir di hati
Siapa sangka kan bahagia
Bila dulu pernah luka
Cinta datang tak diduga
Bawa hingga syurga
Puisi dedicated to : Mohammed Khairul Nazmi
Subscribe to:
Posts (Atom)