feel free to leave comment


Friday, 6 April 2012

Malaysia Book Of Records!

oh blog bersawang. idea untuk mengarang makin tumpur. mungkin otak tidak seligat lalu. imaginasi semakin kurang. mohon kemaafan wahai blog yang sudah bersawang tahap kritikal. khilaf sungguh diri ini. bukan tidak mahu mengarang. cuma hari hari aku membosankan untuk diceritakan. tapi, hari ini aku bersemangat! kerana yang satu itu. perasaan melonjak-lonjak ingin menaip huruf yang berpuluh ini.

tiga minggu aku dihabiskan dengan swiss roll itu. mini projek aku untuk kali ini. tapi bukan mini projek yang menaikkan semangat aku. tapi kerana perkataan Malaysia Book Of Records. ye. aku teruja untuk capai itu. minggu pertama mengadun segala bahan untuk terhasilnya swiss roll itu sungguh menguji segala fizikal dan mental.
mungkin kerana pertama kali aku melakukannya. tapi, putus asa tak pernah ada dalam jiwa kami. terus berusaha.

minggu kedua segala lepas marah dihamburkan oleh pensyarah. pensyarah yang aku tahu banyak pengorbanannya. segala rasa tekanan menghimpit kami. sungguh! perasaan yang sangat menyakitkan. tapi masih meneruskan. minggu terakhir perasaan bersemangat makin menular dalam diri. akhirnya mampu menyiapkan dua belas batang swiss roll. ye. swiss roll itu bagaikan hidup mati aku. lega. tapi tak keseluruhan. bimbang pada kata yang ingin dicapai itu.

lima april. itu tarikh keramat. dengan pantas menyarung baju chef itu. menjejakkan kaki ke kompleks pasir gudang dengan perasaan bercampur baur. bimbang.gembira. hari ini hari sejarah bagi pelajar hotel katering. aku tahu itu. swiss roll itu dijaga penuh teliti. target untuk dicapai pada hari itu sepanjang 486.6 meter. aku gusar. bermain di minda risau tidak mampu mencapai. tapi aku yakin! kami mampu.

hooray! itu kata kata yang paling indah dimata aku. Malaysia Book Of Records menjadi milik kami. puas! selepas segala penat lelah kami lalui. terubat semuanya. perasaan gembira itu kami kongsi bersama. tidak sedar dengan apa yang berlaku. makin bahagia bila pensyarah mengatakan swiss roll kelas kami paling terbaik. alhamdulilah. berkat doa kami semua mungkin.

aku tahu. hari itu. semua pulang dengan penuh rasa bangga. aku rasa itu! malam itu. kami masih mengingati kenangan itu. indah! tiba tiba perasaan malu menyelinap masuk ke dalam diri saat ibu tersayang dan si dia  mengatakan muka aku terpampang di media massa sambil melonjak kegembiraan. wah! malu. memang malu. teruja mungkin. huahuahua.

ini kenangan dihari itu....













No comments:

Post a Comment