feel free to leave comment


Monday 30 September 2013

Tourism and Hospitality Department's Innovation day
















Biar gambar kaku menceritakan rasa gembira yang tak terhingga
dengan usaha penat lelah selama 4 bulan ini.
Biar gambar menceritakan perasaan seronok apabila bebanan dilepaskan pergi.
Selalu aku lebih gemar menaip sebelum gambar.
Biar hari ini aku menaip selepas gambar.
Kerana bukti hidup ini sentiasa berubah-ubah. Terkadang kudibawah
Terkadang ku diatas.

Aku sayang saat indah bersama mereka. 3 tahun kami bersama.
Bergaduh, selisih fahaman yang berbeza, gembira, susah payah
sama sama harungi.

Ini tahun akhir aku berbual meluahkan butir bicara bersama mereka.
Mereka yang bergelar kawan seperjuangan.
Mereka yang kuanggap antara manusia yang memberi aku warna kehidupan.

Terima kasih untuk hari indah ini. Terima kasih untuk setiap senyuman.
Terima kasih tiada terhingga jua buat pensyarah yang kuhormati untuk setiap
ilmu yang ditimba. Alhamdulilah.





No comments:

Post a Comment