setiap dugaan yang mendatang aku terus bertahan..
biar remuk redam di jiwa..
biar tangisan terus membanjiri terus tanpa henti.
dulu aku lemah, aku lepaskan..
tapi untuk kali ini!
aku akan terus bertahan dan tidak mungkin
untuk aku melepaskan,.
Aku faham rasanya disayang menyayangi..
tapi aku juga mahu engkau fahami..
perasaan aku yang sering terluka ini.
bukan engkau sahaja yang terluka..
aku lebih terluka,
terluka kerana aku terpaksa bersabar..
dengan semua perkara yang terjadi..
kerana aku yakin!
Allah Ya Rabb..
sayangkan hambanya yang bersabar..
jika benar sabar aku ini hikmahnya besar..
aku redha. aku redha dan pasrah.
Namun,
aku tidak akan melepaskan
kerana aku lebih tidak mampu
untuk melepaskan berbanding engkau...
bertahun,
ya! bertahun...
aku terus bersama kerana sayang kerana cinta...
aku tahu engkau terluka,
tapi....
aku lebih terluka jika engkau terus menghampiri dia..
kerana aku terlalu menyayangi..
jadi pergilah pergi.
Jangan pernah berpaling dan berpatah balik...
aku terluka....
No comments:
Post a Comment