feel free to leave comment


Monday, 2 January 2012

tabahkan aku YA ALLAH .

setiap yang berlaku atas diri aku, aku tahu ketentuanmu YA ALLAH. aku redha,aku pasrah. cuma satu yang aku pohon padamu. kuatkan aku tabahkan aku menghadapi semuanya. kadang aku cepat mengeluh,aku merungut. ampunkan aku YA ALLAH. kadang aku tak mampu nak hadapi. sakit aku cuma aku yang rasa. aku hilang arah. aku takut nak hadapi. sakit aku buat aku lemah. buat aku payah nak hadapi hari-hari aku. kadang aku menangis. kalau ini dugaan yang aku harus hadapi untuk kau biarkan aku dekatkan diri padamu aku redha YA ALLAH. kuatkan aku. ingatkan aku dengan amalan-amalanku. sembuhkan sakitku YA ALLAH. aku memang tak layak untuk memohon kepadamu tapi hanya engkau yang mampu sembuhkan aku. jangan biarkan aku terus merungut,kuatkan aku,kuatkan imanku,tanam sabar yang menggunung dalam jiwaku. tunjukkanlah penawar untuk luka ku. untuk sakitku. runsing.takut.hilang tumpuan. itu yang aku rasa saat ini. aku rasa keseorangan. aku rasa teruk. YA ALLAH. bantu hambamu ini. tenangkan jiwaku. aku tak mampu hadapinya sendiri. jauh dari keluarga buat emosi aku lebih terganggu. sembuhkan sakit aku YA ALLAH. permudahkanlah jalan aku untuk belajar menimba ilmu. tabahkan hati aku menghadapi dugaanmu selagi mampu YA ALLAH.

No comments:

Post a Comment