feel free to leave comment


Tuesday, 20 March 2012

familiy kedua.

kelas kitchen hari nie seronok. walaupun penat.
walaupun aku terpaksa buat semua kerja tertunduk2 tahan sakit.
walaupun kerja hari nie banyak. tetap enjoy.
walaupun hari nie kene producekan 6 jenis produk.

tahu kenapa?
sebab keluarga kedua aku.
selalu buat aku ketawa mengekek walaupun hati aku tak begitu.
paling aku bahagia waktu kat kelas kitchen bila ada dengan
farahin, pyka n zul.

rasa betapa pentingnya sahabat dalam hidup aku.
susah senang tanggung bersama.
bila seorang  yang bersedih pasti diubati.
saling memahami dan menasihati

aku rasa seolah berada dalam keluarga.
saat kami berkongsi kuih muih yang dimasak bersama.

gelak tawa terhambur..
kawan sekelas aku punye pasalla..
ade ker patut dia pergi cedok bubur pulut hitam dgn sudu.
pastuh pegi tambah garam berapa kati aku pun tak tahu.
then bole pulak dia mencari mangsa. dapat lah sorang.
 punya baik hati dia suapkan ke mulut mangsa tu.
dengan penuh perasaannya si mangsa pun mkn laa.

tiba-tiba..
dengan lajunya si mangsa buat muka paling hodoh
dan memuntahkan segala-galanya akibat deria masin yang melampau..
hahaha. gelak besau semua. serius tercuit hati aku.
 si pelakunya rafiq n si mangsanya syahmi. AHHA.

tak sampai berapa minit.
aku pulak yang terkena..

tengah syok membasuh segala perkakas yang digunakan.
terasa dahaga yang amat melanda diri.
terus bawak diri ke station lalu mencapai cawan yang berisi air oren
glup glup glup.... laju je masuk ke tekak.

 err.. apesal rasa lain mcm je nie.
rasa macam kepahitan sedikit.
bertanya. tiba2 dorang gelak..
huh! pedajal betol laa...
ade ke patut pegi bubuh perisa pandan yang pahit bau mcm ubat tu.
gggrrr.... terus capai cawan buang air, basuh. AHHA.

kawan kawan..
keluarga kedua saya.
sayang pada mereka walau kita berbeza pendapat kadangkala.

okay. start minggu depan berdouble tripple bizinya.
sebab? program Malaysian book of records..
mudah2an berjalan dengan lancarnya.
wahai swiss roll. please be soft soft yek..
wahai corak batik tolong melekat dengan baiknya ye.
wahai markah rubric please double tripple yek.


#wahai sufi.. teruskan berjaya ye...

No comments:

Post a Comment