lagu 'selamat tinggal kawan' berdendang sesayu bait-bait liriknya
lantas jari jemari mula menaip meluahkan perasaan diri
berteleku sendirian penuh syahdu.
pagi sebelumnya terasa bersemangat jaga dari tidur yang lena
baju korporat biru hitam disarung dengan penuh bangga
langkah diatur menuju bangunan ilmu yg sentiasa menjadi tatapan mata
berbeza cuma satu. sunyi yang mencengkam tatkala tiba.
jelas sekali kerana hari ahad yg selalunya tiada insan meninmba ilmu.
sarapan pagi bersama rakan berbaju korporat biru hitam
juga bersama rakan berbaju korporat merah putih.
nasi lemak teh o panas menjadi pengalas perut bersama.
sementara menanti penceramah tiba mencurahkan ilmu.
dewan kuliah utama menyambut kedatangan para penimba ilmu
kedudukanku nun di penjuru tepi berhadapan penceramah.
biar jelas kendengaran butir bicara yang ingin disampaikan.
nota subject occupational safety and health kutatap seikhlasnya.
sesekali kelopak mata terasa ingin menyelubungi seluruh bebola mata
yang kian diulit mimpi. sepantasnya aku bertindak.
earphone kupasang mendendangkan alunan muzik dengan perlahan.
agar tidak terleka dengan ilmu yang dicurahkan.
kumpulan dibentuk bagi penciptaan syarikat sendiri.
salah satu aktiviti sepantas kilat harus difikirkan dan dibentangkan.
dengan kudrat 10 manusia yang mempunyai pelbagai idea.
syarikat kesihatan dan kecantikan diwujudkan.
2 manusia itu mempunyai kreativiti sendiri. sungguh!
mampu memberi senyum dan tawa kepada para penimba ilmu
mampu memberi gelak bahagia kepada para penceramah
2 manusia itu merangkap rakan sekelas dan sekumpulan
zulhilmi dan rafiq. penceria kelas setiap detik.
itu ketika ketawa. ketawa bahagia saat hati tercuit.
kali ini hiba sehibanya. hiba dilanda sendu dengan takdirNya.
saat video sedih itu kutatap dengan penuh tanda tanya.
betapa tidak diketahui disebalik gelak ada kedukaan
video sedih itu. kisahnya begini. akan aku ceritakan. moga kita lebih mensyukuri.
di sebuah fastfood di negara luar. 2 manusia sedang enak menjamu selera.
hilai tawa penuh bahagia. bagai tiada sedih tiada duka lara.
mungkin kerana terlalu bahagia apa yang terhidang sekadar dijamah.
sebagai pengalas perut. makanan 2 manusia itu masih bersisa.
saat itu hadir seorang lelaki tua mengayuh basikal penuh hemah.
berbekalkan tong berwarna hitam. kuamati tong di video itu sekali lagi.
tong sampah itu lelaki tua bawa. memasuki bangunan belakang fastfood.
lalu diambilnya plastik yang berbungkuskan sisa makanan.
diasingkan ketulan ayam goreng yang tersisa itu satu persatu.
lantas otakku ligat memikirkan apakah makna disebaliknya.
terus aku tatap video yang diwayangkan kepada kami.
lelaki tua itu mengayuh membawa sisa yang dimuat kemas
didalam tong sampah. lalu memasuki perkampungan.
saat lelaki tua tiba di sebuah rumah usang.
lelaki tua dikelilingi kanak kanak kecil yang comot
tapi masih riang seriangnya.
seolah olah menyambut kedatangan insan paling bermakna
di kehidupan mereka.
kanak kanak comot yang riang itu terus membuka plastik sisa
tangan si kecil itu terus mencapai dan menyuakan
sisa makanan itu kemulut mereka. tapi masih tersenyum.
seolah olah itulah makanan paling menyelerakan.
saat itu aku tergamam. jiwa ini bagai direntap dengan belati.
hati ini terasa sendu teramat. halkum ini ingi menjerit
JANGAN MAKAN SISA ITU. tapi aku masih bertahan
kerana si kecil itu tidak akan mengendahkan aku. itu video.
aku terasa seluruh dewan itu mendung gelap gelita.
tubir mata ini semakin terasa panasnya. masih bertahan.
tak semena air mata aku mencurah. aku tak berdaya.
si kecil itu semua cukup tabah. cukup kuat.
si kecil itu semua diuji bertalu talu.
si kecil itu semua masih tersenyum dengan hidup mereka.
si kecil itu masih bahagia seolah tiada kesedihan.
di hati si kecil itu aku tahu mereka bertahan.
di hati lelaki tua itu aku tahu jiwanya robek
lelaki tua itu perlu tersenyum kerana si kecil itu semua.
kerana lelaki tua bertanggungjawab sepenuhnya.
besar dugaanMU kepada mereka YA ALLAH.
sungguh aku terkesan dengan dugaanMU kepada mereka.
saat ini aku termanggu sendiri.
mengenangkan nasib diri yang masih diberi rezeki dan nikmat.
SYUKUR! sungguh aku bersyukur YA ALLAH.
kuatkan hati si kecil dan lelaki tua itu YA ALLAH.
mudah mudahan mereka sentiasa tabah dan sabar.
mudah mudahan nasib hidup mereka berubah
tidak lagi ditemani pagi siang dan malam dengan sisa itu.
dan kau ingatkanlah aku dengan syukur kepadaMU.
dengan nikmat dan rezeki kau curahkan kepada aku.
mudah mudahan aku gunakan rezeki itu dijalan yang benar.
tidak membazirkan selenang lenangnya.
saat video itu diam membisu. aku kuatkan diri semula
ilmu yang dicurahkan aku tatapi semula.
aku dengar aku fahami dan aku jadi lebih semangat.
aku rasa perasaan itu. perasaan menimba ilmu sepenuhnya.
saat penutup menyinggah di gegendang telinga.
aku bersyukur. aku tersenyum. aku menimba ilmu.
sungguh aku berterima kasih pada penceramah itu.
tak lekang memberi ilmu dengan jayanya.
sungguh. bosan tak pernah aku ungkapkan saat berada di dewan
sepanjang hari ini. semangat menimba ilmu itu datang sendiri.
lantas ku simpan nota dan perkakas tulis dengan kemas.
aku berjalan meninggalkan dewan kuliah utama.
hari ini jiwaku dipenuhi pengajaran dan ilmu.
pengajaran yang mengajar aku erti hidup dan nyawa.
erti kuat dan tabah menghadapi dugaan.
erti keluh kesah itu perlu dibuang jauh saat diduga.
erti sebuah pengorbanan sayang insan.
erti! sebuah persahabatan.
berbola mata aku makin pedih menahan kelopak mata.
menguap beberapa kali saat angin sepoi bahasa kerana hujan menyapa tubuh.
lantas aku klik save dan entry ini akan aku publishkan bila berkesempatan.
selamat malam.
11.30 pm
11/3/2012
No comments:
Post a Comment