feel free to leave comment


Wednesday 11 April 2012

tolong boleh?!

itu pertanyaan atau penegasan? aku pun tak pasti sebenarnya. yang pasti ini yang aku nak si empunya diri buat.
wahai saudara seislam. please jangan ganggu kami. jangan diganggu rasa kasih nie. jangan buat aku begini.
wahai saudara seislam. aku tahu rasa hati kau. tp tolong faham rasa hati aku juga. jangan sukarkan keadaan ini. kau tahu kau buat aku seolah tanda seru sentiasa berada dalam minda aku nie. aku tak sekuat org lain yang boleh bertanya dan menghamburkan semua marah pada orang sesuka hati. aku ini suka memendam. aku ini suka menangis bila bersedih. aku ini suka menangis bila aku memikirkan. aku ini suka bersabar selagi aku mampu. tapi aku yang sedang menaip ini tidak mahu menyulitkan keadaan. jadi tolong pergi jauh dari kasih aku ini.

aku menulis di sini kerana aku yakin kau membaca setiap entry aku. kerana aku tahu kau ingin tahu hidup aku bagaimana. ye! aku bahagia. cukup bahagia dengan kasih sayang ini. jadi. jangan diganggu hati kami ini. pergi. pergi jauh. cari hidup engkau sendiri. bukan begini cara untuk kau dapat kebahagiaan. cukuplah! aku tidak tahu karakter kau bagaimana. yg aku tahu cuma satu. kau itu terlalu mengikut perasaan. betul kan? maaf andai aku salah. aku tidak marah,aku tidak membenci. aku cuma menegur kau itu. kau yang sering buat aku sakit.

mungkin kau tidak sengaja. tapi kenapa aku rasa kau memang sengaja sebenarnya. mungkin kau rasa aku tak kuat. ye aku tidak sekuat mana. tapi pengalaman banyak mengajar aku untuk lebih kuat. kau juga! banyak mengajar aku jadi lebih sabar. aku yakin. bahagia aku ada. begitu juga kau. jadi tolong. jangan ganggu bahagia aku yang sekarang. pergi. andai kau ingin pergi dari hidup kami, pergi selamanya. jangan berpatah balik. jangan pernah memandang bahagia aku sebagai benci kepada kau.

aku tidak mampu untuk melepaskan. jadi jangan kau memaksa aku untuk melepaskan kebahagiaan aku itu. aku bukan seperti aku dulu. yang menurut semua kata pemikiran jika aku rasa aku tidak mampu. aku kini lebih tegas. aku kini tak mahu secalit pun kebahagiaan aku dicalarkan oleh sesiapa. termasuk kau. mungkin kau nampak aku seperti pentingkan diri kan? ye. aku penat mengalah. biar kini aku pertahankan. cuma bahagia yang satu ini. aku baru merasai bahagia ini. aku baru mampu tersenyum penuh bahagia kerana kasih aku ini. jadi tolong memahami. aku yakin engkau faham. kerana kau seperti aku. punya hati dan perasaan. aku benci untuk terluka lagi. tapi aku tak pernah membenci dan bosan untuk menjadi kuat dan sabar.

wahai saudara seislam, tolong pergi jauh. jangan engkau ganggu. aku penat memikirkan ini. aku bahagia dengan kasih aku ini. pergi. jangan dikenang dan jangan pernah disebut soal kasih aku ini.

4 comments:

  1. banyak bersabar yea atul :) tanpa dugaan menimpa bukan laa kehidupan namanya .. lumrah hidup bila ada yg iri hati dgn kita , tak semua org suka dgn kita even kita tak ganggu life mereka . yg penting kita teruskan hidup dgn senyuman dan tenang menghadapi segala kesulitan yea kawan :)) chill . Allah sentiasa bersama orang yang sabar ^^,

    ReplyDelete
  2. Keep smiling dan bertenang ye.. Itu semua lumrah kehidupan.. Allah xkan memberi beban yang xmampu ditanggung oleh hambanya.. Juz cuba menanggung beban tersebut dan sentiasa berdoa supaya Allah meringankan beban tersebut..:)

    ReplyDelete
  3. peeka: thanks dear. betul. tak semua org bole paham kita. cuma sufie terkilan bila ada yang ganggu life org yg kita syg. dulu sufi slalu mengalah. sekarang tak lagi mugkin. takut sangat nak terluka lagi. but syukur. Allah masih nak bg dugaan pd sufi. doakan sufi slalu saba k. nice to know u dearest friend.=)

    ReplyDelete
  4. amy: =)alhamdulilah. setakat nie im still keep smiling and keep strong walaupun byk bende dah jadik dlm hidup nie. always pray to Allah s.w.t.
    betul kwn. setiap yg berlaku ada hikmahnya. anyway thanks a lot. nice to know u friend. =)

    ReplyDelete